Pesara rugi lebih RM1 juta terpedaya pelaburan palsu - Utusan Malaysia

Pesara rugi lebih RM1 juta terpedaya pelaburan palsu

M. KUMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pesara kerugian lebih RM1 juta wang simpanannya kerana terpedaya dengan skim pelaburan berkaitan emas secara dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, lelaki berusia 61 tahun itu tertarik dengan pelaburan berkenaan selepas melihat promosi dalam laman sosial Facebook, Disember lalu.

Mangsa kemudian menghubungi nombor yang tertera sebelum menerima mesej daripada seorang individu menerusi aplikasi WhatsApp.

“Mangsa telah diberi penerangan mengenai pelaburan saham dagangan ‘Spot Gold Futures XAUUSD’ menerusi platform ‘Navik Capital’. Mangsa dijanjikan pulangan pelaburan antara lima hingga lapan peratus dalam tempoh sehari selepas pelaburan dibuat.

“Tertarik dengan tawaran berkenaan, mangsa telah mengikut arahan individu tidak dikenali itu dengan membuat pembayaran ke beberapa akaun bank berjumlah RM1,065,000,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mangsa dimaklumkan peleburannya telah menjana keuntungan seperti dijanjikan, namun wang berkenaan gagal dikeluarkan atas pelbagai sebab.

“Syak akan sesuatu, mangsa kemudian telah menyemak menerusi perkhidmatan Semak Mule dan mendapati nombor telefon berkenaan mempunyai rekod. Pengadu yang mula percaya bahawa dirinya telah ditipu kemudian membuat laporan polis pada 22 Mac lalu,” katanya sambil memberitahu kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya