KOTA BHARU: Dianggarkan lebih RM100 juta mengalir masuk ke negeri ini dalam tempoh seminggu bermula 5 hingga 13 April lalu berikutan kepulangan anak-anak Kelantan dari perantauan sempena Hari Raya Aidilfitri. Jumlah itu mengambil kira seorang atau satu keluarga berbelanja minimum RM1,000 melibatkan 100,000 perantau. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Bahagian Jaringan dan Data Raya Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan, Universiti Malaysia Kelantan, Profesor Madya Dr. Azwan Abdullah berkata, kepulangan anak-anak perantau ini mampu membawa fenomena positif kepada pertumbuhan ekonomi setempat. Menurutnya, situasi itu dapat dilihat melalui sektor perniagaan terutama makanan,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya