Peniaga terpaksa lelong barang elak rugi besar

Peniaga terpaksa lelong barang elak rugi besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rata-rata peniaga yang meniaga di bazar Aidilfitri di seluruh negara terpaksa menjual barangan jualan mereka pada harga tidak masuk akal bagi mengelak kerugian lebih besar.

Baju Melayu yang biasanya dijual pada harga RM90 sepasang, kini jadi RM100 untuk tiga pasang semata-mata untuk mendapat pulangan modal

Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, peniaga sudah menawarkan harga termurah kepada pelanggan, namun jualan masih lagi perlahan walaupun Ramadan sudah masuk hari ke-24.

“Tinggal enam hari lagi sebelum tibanya Hari Raya Aidilfitri, setakat ini tidak mencatatkan apa-apa keuntungan kepada mana-mana peniaga dan mereka rancang untuk dapatkan duit modal sahaja.

“Kuasa membeli pelanggan di negara ini merudum teruk sehingga 75 peratus semenjak awal Ramadan sehingga kini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, pola pembelian yang menurun ini mungkin disebabkan pelanggan ingin berjimat kerana telah membuat persiapan sekolah anak-anak bermula 10 Mac lalu dan berbelanja kepada barangan yang lebih penting.

“Peniaga cuba menarik pelanggan, namun apa yang dilihat, pelanggan masih lagi memikirkan untuk membeli barang keperluan sahaja. Rakyat tidak mempunyai wang mencukupi untuk berbelanja dan kesannya kepada peniaga,” ujarnya.

Rosli berkata, pengusaha menjual makanan pula mencatat keuntungan sedikit kerana bilangan pelanggan kurang.

“Pelanggan hanya dapatkan makanan keperluan untuk berbuka dan tidak bazirkan wang membeli makanan ringan.

“Tiada yang bermewah sehingga makanan yang dibeli tidak habis,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya