PENGURUSAN Plaza Shah Alam (PSA) meneruskan rutin setiap tahun sempena kedatangan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dengan menyantuni rumah-rumah kebajikan di sekitar bandar raya Shah Alam, Selangor.
Menurut Pengurus Kanan PSA, Azura Mokhtar, kali ini pihaknya berkunjung ke Rumah Amal Al-Firdaus di Denai Alam.
Dalam program tersebut, PSA menyampaikan bantuan barangan keperluan harian seperti beras, gula dan minuman. – UTUSAN