KOTA BHARU: Penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang dibuat berpandukan kepada punca kuasa yang dimiliki oleh kerajaan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Hilmi Abdullah berkata, punca kuasa itu sebagaimana yang telah terkandung dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 atau Akta 171. Menurutnya, akta tersebut memperuntukkan kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengawal selia aktiviti-aktiviti hiburan dari segi permit dan lesen hiburan. “Untuk artis tindakan boleh diambil oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya