SEREMBAN: Seorang pengerusi koperasi di Felda Palong, Gemas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban di sini, hari ini atas tuduhan menyalahgunakan wang koperasi tersebut sebanyak RM422,440 tiga tahun lalu. Tertuduh, Zainor Ishak, 73, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi. Berdasarkan pertuduhan, sebagai Pengerusi Koperasi Felda Palong Empat Negeri Sembilan Berhad, tertuduh telah dengan secara tidak jujur menyalahgunakan harta untuk diri sendiri, iaitu wang sejumlah RM422,440.00 daripada akaun Maybank milik koperasi berkenaan. Perbuatan itu dilakukan di antara bulan Ogos 2020 hingga November 2021…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya