KOTA BHARU: Seorang pengawal keselamatan yang terjatuh dari bot dinaikinya semasa memukat sotong di sekitar kawasan Pantai Mek Mas, Kuala Besar di sini semalam ditemukan dalam keadaan selamat selepas 16 jam terapung di dalam air. Muhamad Nursyarif Mat Nasir, 28, dijumpai oleh nelayan pukat tunda kira-kira pukul 10.30 pagi tadi yang melihat mangsa berada dalam keadaan terkapai-kapai di dalam air ekoran kepenatan berenang dalam tempoh masa yang lama. Mengimbau semula kejadian itu, Muhamad Nursyarif berkata, dia terjatuh ke dalam laut kira-kira pukul 6.30 petang semasa sedang menarik pukat yang dipenuhi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya