LIPIS: Fenomena air Sungai Lipis yang kerap bertukar ke warna oren menimbulkan persoalan dan keresahan dalam kalangan penduduk di sini. Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Mohamad berkata, dalam kejadian terbaharu petang Ahad lalu, aliran air Sungai Lipis bertukar oren sebelum ia kembali pulih seperti sedia kala pada pagi semalam. “Dalam tempoh seminggu ini sahaja sudah dua kali Sungai Lipis bertukar warna oren. Apa yang menimbulkan persoalan, kenapa ia kerap berlaku? “Terdapat dakwaan wujud aktiviti perlombongan di kawasan hulu sungai. Jika benar, diharap pihak berkuasa bertindak segera bagi mengelak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya