Pemilik kedai emas sebak lihat penerima redah kesesakan lalu lintas ambil sumbangan

Pemilik kedai emas sebak lihat penerima redah kesesakan lalu lintas ambil sumbangan

MOHD.  Fazrin A. Zuhari (kanan) menyampaikan sumbangan beras kepada penerima pada program kongsi rezeki di Jelawat Bachok, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Seorang pemilik kedai emas di Jelawat, di sini dapat menahan sebak selepas melihat kesungguhan penerima dari Kampung Kandis yang sanggup meredah kesesakan lalu lintas semata-mata mahu mengambil sumbangan beras menjelang sambutan Aidilfitri esok.

Mohd. Fazrin A. Zuhari berkata, tindakan itu membuktikan penerima tersebut amat memerlukan sumbangan tersebut dalam meneruskan kelangsungan hidup.

“Saya akui jarak Kampung Kandis ke sini bukanlah dekat, tambahan pula lalulintas semakin sibuk sejak perantau pulang ke kampung pada Jumaat lalu untuk beraya.

“Bagi saya tindakan itu merupakan satu pengorbanan yang besar untuk keluarga,” katanya ketika ditemui pada program kongsi rezeki di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, seramai 300 individu menerima sumbangan beras dan lauk untuk berbuka puasa.

Mohd. Fazrin yang juga pengasas BYO Cosmetics  memberitahu, program yang merupakan acara tahun itu bentuk perkongsian rezeki bagi membantu mereka yang memerlukan.

Katanya, dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan jarak penggal baharu persekolah dengan sambutan Aidilfitri terlalu dekat memberikan kesan kepada golongan kurang berkemampuan.

“Melihat kepada situasi itu saya terpanggil untuk membantu meringankan beban penerima. Besar harapan saya, agar sumbangan ini mampu memberikan kegembiraan buat mereka,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN