JOHOR BAHRU: Dua anggota polis yang sebelum ini ditahan reman kerana disyaki melakukan peras ugut terhadap seorang lelaki tempatan yang bekerja di Singapura dibenarkan kembali bekerja. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mereka dibenarkan kembali bertugas sehingga Perintah Tahan Kerja dikeluarkan. “Tempoh tahanan reman terhadap dua anggota itu tamat hari ini dan tidak disambung lagi. “Kedua-duanya akan kembali bertugas sehingga ada arahan Perintah Tahan Kerja ke atas mereka. Pada waktu ini mereka masih berkhidmat di bawah Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor,” katanya ketika dihubungi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya