KOTA BHARU: Tindakan dua pemandu yang mengambil dadah semata-mata untuk mengejar trip menjelang sambutan Aidilfitri mengundang padah apabila dia ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan di terminal bas Lembah Sireh di sini pada 4 April lalu. Kedua-dua suspek yang berusia 40-an itu ditahan JPJ menerusi Operasi Penguatkuasaan Perayaan Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024 semasa mengambil penumpang untuk ke Kuala Lumpur. Pengarahnya, Mohd. Misuari Abdullah berkata, saringan awal air kencing mendapati kedua-dua pemandu dari syarikat yang berbeza positif dadah jenis methamphetamine. Menurutnya, hasil soal siasat kedua-dua suspek mengakui mengambil dadah tersebut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya