KUANTAN: Seorang pelayan kedai makan maut selepas motosikal ditunggang hilang kawal dan bergesel dengan tayar belakang sebuah lori di Jalan Pintasan Kuantan-Kemaman, dekat tangki air Semambu, kira-kira pukul 11 malam tadi. Mangsa, Muhammad Zharif Abd. Aziz, 23,. mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku disebabkan kecuaian penunggang motosikal yang gagal mengawal kenderaannya. Menurutnya, kejadian berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa dari arah Gambang menuju ke Kemaman bergesel pada bahagian sisi tayar belakang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya