PDRM titip doa, harapan buat penduduk Palestin

PDRM titip doa, harapan buat penduduk Palestin

Razarudin Hussain
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas semasa Hari Raya Aidilfitri diingat meneruskan perjuangan demi menjaga keamanan dan kesejahteraan negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, segala khidmat bakti yang dicurah pasti memberi imbalan yang terbaik dari Allah SWT di akhirat kelak.

“Tidak putus doa dan harapan jua buat saudara kita yang berada di Palestin. Mereka ini dihimpit dan dibelenggu dengan peperangan, penderitaan serta cengkaman oleh musuh Islam.

“Semoga Allah SWT sentiasa memberi pertolongan kepada mereka pada hari kemenangan ini,” katanya dalam ucapan Aidilfitri yang disiarkan di Facebook rasmi PDRM hari ini.

Beliau turut mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh warga PDRM serta seluruh umat Islam.

“Raikan kemenangan dengan saling bermaafan dan menguatkan kembali jalinan silaturahim,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN