PETALING JAYA: Kerajaan perlu memastikan kerja-kerja menaik taraf Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang dianggarkan berjumlah RM200 juta dilaksanakan dengan telus. Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr, Azizan Abdul Aziz berkata, kerajaan pada masa sama perlu meningkatkan kemudahan di fasiliti kesihatan awam lain. Katanya, walaupun HKL yang berusia lebih 100 tahun perlu dinaik taraf, kemudahan kesihatan di tempat lain perlu diberi perhatian sama. “MMA telah menerima maklum balas mengenai beberapa hospital yang sangat memerlukan penyelenggaraan dan peningkatan sewajarnya. “Beberapa isu dalam fasiliti ini termasuk siling serta paip bocor dan berkarat, panel…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya