SEREMBAN: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan wanita warganegara asing di Port Dickson tahun lalu. Tertuduh, S. Kumaraguru, 33, dan T. Agatishwari, 32, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan Hakim, Datin Surita Budin. Berdasarkan pertuduhan pertama, kedua-duanya telah memperdagangkan seorang wanita berusia 41 tahun warganegara Myanmar yang tidak memiliki dokumen bagi maksud eksploitasi kerja dengan cara penggunaan kekerasan. Perbuatan itu dilakukan di antara bulan Julai 2023 hingga Oktober 2023 di sebuah rumah di taman perumahan di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya