Pantai Timur diramal hujan, Selangor rekod kualiti udara tidak sihat

Pantai Timur diramal hujan, Selangor rekod kualiti udara tidak sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MetMalaysia meramalkan ribut petir, hujan lebat serta angin kencang melanda beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor hingga pukul 2 petang ini.

MetMalaysia dalam hantaran melalui Facebook memaklumkan, keadaan cuaca itu dijangka melanda daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan.

Di Terengganu, ribut petir dan hujan lebat diramalkan melanda Marang, Dungun dan Kemaman, manakala Pahang membabitkan kawasan Kuantan, Pekan serta Rompin.

“Di Johor, dua kawasan membabitkan Mersing dan Kota Tinggi dijangka mengalami keadaan cuaca itu,” katanya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Sementara itu, tiga kawasan di Lembah Klang mencatat bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat hari ini.

Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) melalui kemas kini sehingga jam 10 pagi tadi menunjukkan, Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat direkod di daerah Klang, Banting dan Cheras sejak semalam.

Bacaan IPU APIMS menunjukkan di Banting merekodkan 159, manakala Cheras 155 dan Klang 153.

Data sama menunjukkan 45 kawasan berada di bawah paras kualiti udara sederhana iaitu bacaan antara 51 dan 100, manakala 20 kawasan berada di bawah paras baik iaitu dari 0 hingga 50.

Antara kawasan terlibat Petaling Jaya, Johan Setia, Shah Alam, Seremban, Rompin, Pulau Pinang dan Alor Setar.

Bacaan IPU antara 201 dan 300 adalah sangat tidak sihat manakala 300 dan ke atas adalah berbahaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN