SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan hari ini mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam di negeri ini. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan itu akan disalurkan Jumaat ini membabitkan seramai lebih 6,600 penjawat awam melibatkan semua peringkat penjawatan. “Hasil mesyuarat hari ini, kami bersetuju memberi Bantuan Khas Aidilfitri yang melibatkan peruntukan lebih RM3 juta,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Prapelancaran Mantai Rayo di Wisma Negeri di sini hari ini. Dalam perkembangan berlainan, Aminuddin turut berkata, beliau telah menetapkan semua kerja-kerja pengambilan dan korek pasir di sungai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya