Nahas TLDM: Jabatan Bomba bantu keluarkan mangsa 

Nahas TLDM: Jabatan Bomba bantu keluarkan mangsa 

PASUKAN penyiasat perlu mendapatkan kotak hitam pesawat supaya punca sebenar nahas dapat dikenal pasti dengan tepat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengesahkan 10 mangsa terkorban dalam kejadian dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertembung dan terhempas di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumpur, Manjung, Perak.

Menurut jabatan itu, dua helikopter milik TLDM iaitu M502-6 (FENNEX), dinaiki oleh tiga mangsa dan M503-3 (HOM), dinaiki oleh tujuh individu.

Komander Operasi Kanan, Suhaimy Mohd. Suhail berkata, pasukan bomba dari dua balai berhampiran iaitu BBP Seri Manjung dan BBP Sitiawan bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera FRT, kenderaan Unit EMRS dan kenderaan utiliti Toyota Hilux sejurus menerima panggilan kecemasan.

Kedua-dua helikopter telah bertembung ketika sedang melakukan latihan penerbangan. Kesemua 10 orang mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM.

Usaha mengeluarkan kesemua mangsa yang terlibat di lokasi kejadian sedang dijalankan oleh pasukan bomba. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya