IPOH: Dua buah trak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini sebentar tadi. Trak berkenaan dilihat memasuki pekarangan Jabatan Forensik HRPB pada pukul 8.45 pagi. Kenderaan tersebut akan membawa jenazah kesemua mangsa nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut semalam, selepas proses bedah siasat selesai dijalankan. Difahamkan, lapan jenazah mangsa beragama Islam terlebih dahulu akan dibawa ke Kem 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Jalan Tambun untuk solat jenazah sebelum kenderaan membawa mangsa digerakkan ke destinasi masing-masing.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya