KUALA TERENGGANU: Ketibaan musim mencandat sotong sejak awal bulan ini memberi pulangan lumayan kepada pemilik bot selepas menerima tempahan hampir setiap hari. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, harga bagi ‘trip’ mencandat di sekitar daerah ini bermula RM850 sehingga RM1,600 bergantung kapasiti dan jenis bot. Seorang pengusaha, Zakaria Musa, 52, berkata, musim mencandat bermula April sehingga September akan memberi rezeki kepada ribuan nelayan terutama yang memiliki lebih daripada sebuah bot. Malah, Zakaria juga tidak menang tangan menerima tempahan yang kebanyakan dibuat pelanggan dari luar Terengganu yang mahu merasai pengalaman mencandat di perairan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya