KUALA KANGSAR: Enam ekor lembu dilelong oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) bernilai RM15,500, dengan seekor daripadanya dibida pada harga setinggi RM3,200. Kesemua lembu itu dilelong selepas ditangkap 10 hari lalu kerana terbiar dan berkeliaran di laluan awam dalam kawasan jagaan majlis perbandaran tersebut. Harga permulaan proses bidaan seekor lembu adalah antara RM1,700 hingga RM2,500, bergantung kepada saiz dan keadaan haiwan tersebut. Yang Dipertua MPKK, Dr. Sakduddin Zamli bagaimanapun berkata, hasil lelongan itu dilihat tidak terlalu setimpal memandangkan pihaknya menanggung kos menguruskan haiwan tersebut seperti makanan dan keselamatan. Jelasnya, proses…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya