JOHOR BAHRU: Kementerian Pertahanan (Mindef) akan bekerjasama dengan Kementerian Kerja Raya bagi memastikan semua projek melibatkan kementerian itu dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu bagi memastikan kelewatan projek seperti yang berlaku melibatkan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing tidak berulang. “Projek kerajaan oleh kementerian memang dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR). Jadi, kita memang sentiasa adakan pertemuan secara berkala, khususnya tentang perkembangan projek dan prestasi kontraktor. “Kita akan terus memantau semua perkembangan projek Kementerian Pertahanan, tetapi daripada segi teknikal memang mereka yang laksanakan,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya