Masjid jual sampul raya kumpul dana tampung keperluan

Masjid jual sampul raya kumpul dana tampung keperluan

MUHAMMAD Fazrin Mahamad Nazeri menunjukkan sampul raya keluaran Masjid An-Nuhiah di Kampung Ribu dekat Kuala Kangsar. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Sempena Syawal yang bakal tiba, Masjid An-Nuhiah di Kampung Ribu dekat sini menjual sampul raya untuk mencari dana tambahan bagi menampung keperluan rumah ibadat tersebut.

Apa lebih unik, sampul itu dicetak dengan grafik kubah masjid tersebut yang berbentuk lipatan payung, iaitu sinonim dengan rekaan kubah Masjid Negara.

Pengerusi masjid, Muhammad Fazrin Mahamad Nazeri berkata, setiap minggu kutipan tabung masjid dianggarkan RM300 yang kebanyakkan disumbangkan oleh penduduk kampung terutama semasa Solat Jumaat.

Beliau melihat sampul raya tersebut merupakan antara usaha kecil-kecilan untuk menambahkan dana masjid.

“Dicetak pun tidak begitu banyak. Modal sahaja RM600 untuk cetakan sebanyak 2,500 keping. Kami jual 20 keping RM7. Ini untuk tambah dana sempena raya ini,” katanya baru-baru ini.

Berdasarkan pembuktian rekod gambar, Masjid An-Nuhiah sudah berusia hampir 100 tahun, namun mengalami baik pulih secara perlahan kerana lokasi dalam kawasan pendalaman jauh dari dari bandar Kuala Kangsar.

Jelasnya, masjid itu juga ada menerima bantuan daripada kerajaan negeri memandangkan masjid yang terletak di Mukim Kota Lama Kiri itu tiada sumber kewa­ngan kukuh dan mengharapkan sumbangan penduduk kampung.

Tambah beliau, kebanyakan pembeli sampul raya Masjid An-Nuhiah adalah ahli kariah masjid atau anak perantauan Kampung Ribu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN