PETALING JAYA: Mahkamah merupakan satu-satunya badan yang menentukan berhubung kewujudan titah adendum dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 membabitkan tahanan rumah melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sekiranya titah itu tidak wujud, maka kononnya bekas Presiden UMNO itu perlu menghabiskan baki hukuman penjara menerusi tahanan di rumah tidak wajar dipenuhi. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman berkata, mahkamah perlu menilai terlebih dahulu afidavit dikemukakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sama ada wujudnya titah itu atau sebaliknya sebelum…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya