Lori sampah alami masalah brek rempuh 14 kenderaan lain

Lori sampah alami masalah brek rempuh 14 kenderaan lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah lori sampah merempuh 14 kenderaan di persimpangan lampu isyarat Lebuhraya Persekutuan/Lebuhraya Shahpadu di sini malam tadi kerana brek tidak berfungsi

Dalam kejadian pukul 1.30 tengah hari semalam itu, pemandu lori warga tempatan berusia 41 tahun dan kesemua mangsa tidak cedera dan telah membuat laporan berhubung kemalangan tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Polis, Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 2.33 petang dan siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku ketika lori sampah berkenaan dalam perjalanan dari arah Shah Alam ke Kapar.

Menurut beliau, lori sampah itu mengalami masalah brek telah melanggar kenderaan yang berhenti di lampu isyarat terebut.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati pemandu lori sampah itu disahkan bebas bahan terlarang dan lori berkenaan akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Terdahulu, tular satu video di media sosial berhubung kejadian berkenaan sehingga menyebabkan berlaku sedikit kesesakan di jalan raya itu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN