Lemang cicah manisan menu istimewa Aidilfitri

Lemang cicah manisan menu istimewa Aidilfitri

MOHAMAD Jusoh (dua dari kanan) bersama anak serta menantunya membakar lemang untuk dijadikan juadah istimewa sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kampung Pulau Kudat, Kuala Berang, Hulu Terengganu, kelmarin. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Sepasang suami isteri menyediakan juadah istimewa lemang cicah manisan tebu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada musim perayaan kali ini.

Mohamad Jusoh, 62, berkata, hidangan tersebut adalah resipi istimewa turun-temurun keluarganya dan sudah menjadi tradisi sebagai menu utama pada hari pertama hari raya.

Menurutnya, kesemua sembilan anak dan 11 cucunya menggemari hidangan tersebut malah ia menjadi ‘buruan’ saudara-mara dan sahabat handai yang datang bertandang ke rumahnya di Kampung Pulau Kudat di sini.

“Kebiasaannya lemang dimakan dengan serunding atau rendang ayam dan daging, namun bagi keluarga saya, lemang dimakan dengan manisan tebu.

“Proses penyediaan manisan tebu memang agak rumit dan mengambil masa hingga tiga jam untuk mendapatkan kepekatan, kemanisan dan aroma yang istimewa seperti madu lebah.

“Contoh sukatannya ialah 10 cawan air tebu dimasak di atas api perlahan hingga menjadi satu cawan sahaja dan kebiasaannya, saya akan masak tiga kilogram air tebu untuk Hari Raya Aidilfitri,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, kelmarin.

Setiap tahun, bekas pesara guru itu dan isterinya, Khadizah Mad Isa, 59, akan membuat persiapan tiga hari sebelum Hari Raya Aidilfitri dengan mencari buluh dan daun pisang untuk proses pembuatan lemang.

“Biasanya saya dan isteri akan guna 10 kilogram beras pulut untuk mendapatkan 30 hingga 35 batang lemang” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN