Lelaki Israel miliki 6 senjata api, 200 peluru tiba di mahkamah

Lelaki Israel miliki 6 senjata api, 200 peluru tiba di mahkamah

Seorang lelaki warga Israel yang ditangkap memiliki enam pucuk pistol dan 200 butir peluru tiba di mahkamah untuk didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Seorang lelaki warga Israel yang ditangkap memiliki enam pucuk pistol dan 200 butir peluru tiba Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki senjata api dan Akta Imigresen 1959/1963.

Jika sabit kesalahan di bawah Akta Senjata Api, dia boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan sebatan.

Lelaki Israel berusia 36 tahun yang ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang memasuki negara ini menggunakan pasport Perancis dan mendakwa dia dalam misi membunuh ketua kumpulan mafia negaranya.

Terdahulu lebih 20 pengamal media berkumpul sejak pukul 7.30 pagi bagi membuat liputan kes berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya