BENTONG: Seorang lelaki warganegara Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret Bentong di sini hari ini atas tuduhan membunuh dan menimbus mayat rakannya di sebuah tapak pembinaan di Genting Highlands di sini. Tertuduh Asraful Mia, 34, mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret, Nadhratun Naiem Zainan. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Nazrul Molla antara pukul 3 petang pada 31 Mac lalu hingga 8.30 pagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya