Lebih 40,000 meriahkan Rumah Terbuka MB, kerajaan negeri

Lebih 40,000 meriahkan Rumah Terbuka MB, kerajaan negeri

MOHD. Shukri Ramli (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan duit raya sewaktu Majlis Hari Raya Aidilfitri Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Perlis yang berlangsung di Dewan 2020, Kangar, Perlis semalam. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Majlis Hari Raya Aidilfitri Menteri Besar dan kerajaan negeri yang berlangsung di Dewan 2020 di sini semalam berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 40,000 pengunjung.

Jumlah kehadiran tahun ini merekodkan pertambahan berbanding tahun lalu yang mencatatkan sekitar 30,000 pengunjung.

Majlis yang bermula pada pukul 11 pagi sehingga 4.30 petang itu turut mengumpulkan sebanyak 36 agensi negeri dan Persekutuan yang terlibat sama bagi menyediakan hampir 100 menu juadah menarik buat tetamu hadir.

Kehadiran pengunjung dilihat begitu menggalakkan apabila ada di antara mereka terpaksa memakir kenderaan sejauh kira-kira lima kilometer dan berjalan kaki menuju ke dewan majlis tersebut.

Dalam pada itu, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid turut berkenan hadir ke majlis berkenaan.

Turut berangkat, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Pada majlis sama, kanak-kanak yang hadir turut diraikan dan menerima sumbangan duit raya disampaikan oleh Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli.

Sementara itu, Mohd. Shukri berkata, penganjuran majlis tersebut mendapat sambutan begitu memberangsangkan apabila pengunjung telah mula memenuhi perkarangan dewan berkenaan sejak pukul 10 pagi lagi.

“Tahun ini kehadiran dilihat bertambah berbanding sebelum ini malah kebanyakan makanan disediakan juga kelihatan sudah habis lebih awal daripada jangkaan,” katanya.

Di samping itu, Mohd. Shukri berkata, pihaknya juga turut berterima kasih kepada kakitangan kerajaan yang bersama-sama berganding bahu bagi menjayakan penganjuran majlis sambutan tersebut.

Beliau berkata, kesungguhan ditunjukkan oleh penjawat awam di negeri adalah merupakan satu komitmen yang membanggakan dan dapat diterjemahkan dalam pembangunan Perlis selepas ini.

“Komitmen ini dapat membolehkan perancangan yang dibuat dapat dijayakan bersama-sama dalam mewujudkan Perlis yang lebih cemerlang,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya