KUALA PILAH: Seorang pekerja Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) meninggal dunia semalam selepas tiga hari bertarung nyawa apabila terlibat dalam kejadian langgar lari di Jalan Kampung Dioh, di sini pada 3 April lalu. Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, keluarga mangsa membuat laporan berkenaan hari ini selepas mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini. Menurutnya, mangsa berusia 44 tahun yang menunggang motosikal jenis Suzuki RG telah terbabit kemalangan langgar lari berhampiran masjid dengan sebuah kenderaan tidak dapat dikenal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya