PETALING JAYA: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan operasi pembenihan awan tidak mengambil kira faktor kos. Namun, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia memerlukan keadaan yang lebih sesuai bagi pelaksanaan tersebut. “Kos bukan dalam pertimbangan pelaksanaan pembenihan awan. Pertimbangannya adalah kesesuaian cuaca dan awan untuk pembenihan,” katanya ringkas kepada Utusan Malaysia. Terdahulu, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam mengambil kira faktor cuaca dan pergerakan angin sebelum membuat keputusan melakukan kerja-kerja operasi pembenihan awan di kawasan-kawasan yang berdepan dengan kemarau susulan fenomena El Nino. Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Alam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya