KUANTAN: Polis Pahang merekodkan empat keterangan berhubung kejadian kedai serbaneka, KK Super Mart Cawangan Sungai Isap di sini dibaling bom petrol, Sabtu lalu. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, keterangan terbabit melibatkan empat individu termasuk pengadu dan saksi kejadian. Katanya, pihaknya masih lagi melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian termasuk mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berhampiran. “Kita masih lagi menjalankan siasatan untuk mendapatkan keterangan-keterangan dan akan melihat daripada semua sudut. “KK Mart terlibat tidak memiliki CCTV jadi kita akan cuba untuk mendapatkan CCTV dari tempat lain…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya