LIPIS: Kerajaan Pahang belum berhasrat untuk mengenakan sebarang tindakan kepada pengguna jalan raya yang membuang sampah sewenang-wenangnya di laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU). Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pihaknya berpandangan adalah tidak adil mengenakan tindakan kepada mereka kerana. kerajaan tidak menyediakan kemudahan yang sepatutnya termasuk hentian rawat dan rehat (R&R). “Bagaimanapun, jika kemudahan sudah disediakan dan pengguna LTU tetap tidak patuh, mereka boleh kenakan tindakan mengikut undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagai pengajaran. “Tapi, ketika ini kita tidak sediakan kemudahan, jadi kalau ada anak-anak yang hendak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya