SHAH ALAM: “Saya tidak mahu melayan kenyataan seumpama itu (isu menteri bodoh),” tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhammad Akmal Saleh yang menyatakan ekonomi negara menjadi teruk kerana ada menteri seperti Nga Kor Ming. Menurut Anwar, kenyataan itu dianggap tidak bersesuaian dengan konteks pentadbiran kerajaan ketika ini. “Bagi saya, ia tidak proper (betul) dalam konteks Kerajaan Perpaduan. “Kami kerja bersama-sama,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Antarabangsa Dr. Ambedkar ke-55 dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya