Kemunculan beruang matahari takutkan penduduk Dungun

Kemunculan beruang matahari takutkan penduduk Dungun

SEEKOR beruang matahari yang berkeliaran di Kampung Che Lijah, Dungun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Kira-kira 1,000 penduduk di Kampung Che Lijah, dekat sini, bimbang dengan kehadiran seekor beruang matahari yang berkeliaran di kampung itu sejak bulan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Che Lijah, Ibrahim Senik berkata, beruang tersebut bukan hanya berkeliaran di kawasan kampung, malah turut merosakkan pokok kelapa milik penduduk kampung.

“Setakat ini beruang tersebut tidak mengganggu penduduk dan hanya berkeliaran di kawasan belakang rumah, namun kita bimbang kalau-kalau haiwan liar itu terserempak dengan penduduk kampung.

“Buat masa sekarang, kami saling menasihati antara satu sama lain untuk tidak keluar pada waktu malam. Namun, ada juga kanak-kanak yang keluar mengaji waktu malam,” katanya kepada pemberita, hari ini. 

Ibrahim berkata dalam kejadian terbaharu, iaitu pada Jumaat lalu, lebih lima batang pokok kelapa penduduk dimusnahkan beruang. 

“Baru-baru ini ada penduduk yang mendakwa dia ternampak kelibat dua ekor beruang. Seekor ibu dan seekor lagi lebih kecil, mungkin anak. Kita memang bimbang sekarang,” katanya. 

Menurutnya, pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah memasang perangkap sejak aduan pertama  bulan lalu, namun belum berhasil. 

“Perhilitan  juga ada buat pemantauan dan kita harap agar beruang ini dapat ditangkap segera sebelum berlaku kejadian tidak diingini,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN