KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) berharap Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dapat mempercepatkan proses pembenihan awan di kawasan-kawasan jelapang milik agensi itu yang kini berdepan masalah kemarau berpanjang. Pengerusinya Muhammad Husin berkata, secara dasarnya KPKM telah bersetuju selepas KADA mengemukakan permohonan berkait pembenihan awan pada 26 Mac lalu yang melibatkan Kota Bharu Utara, Kota Bharu Selatan, Pasir Puteh, Bachok serta Pasir Mas. “Semalam, saya menerima maklum balas daripada pihak kementerian yang menyatakan mereka sudah membuat persiapan untuk proses berkenaan (Pembenihan awan) dan telah menghubungi Tentera Udara Diraja…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya