Kelantan beri kerjasama penuh jayakan Sambutan Aidilfitri Madani

Kelantan beri kerjasama penuh jayakan Sambutan Aidilfitri Madani

MOHD. Nassuruddin Daud (tengah) bersalam dengan sami Buddha yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka Pas Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan memberikan kerjasama penuh kepada penganjuran Sekretariat Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 yang bakal berlangsung pada 2 Mei depan.

Menteri Besar Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, pihaknya sudah memberikan maklumat balas berhubung perkara tersebut.

“Kerjasama itu merangkumi pelbagai sudut mengikut keperluan. Ini merupakan kerjasama antara negeri dan persekutuan supaya majlis itu berjalan lancar.

“Setakat ini lokasi majlis belum lagi ditetapkan, cuma diberitahu majlis tersebut akan berlangsung,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Pas Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.

Mohd. Nassuruddin memberitahu, penyelarasan mengenai perkara tersebut akan dilakukan menerusi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Media semalam melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan diadakan di tujuh buah negeri bermula 18 April hingga 9 Mei depan.

Menurut Sekretariat Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024, tujuh negeri berkenaan melibatkan Johor pada 18 April, Sabah (20 April), Melaka (22 April) dan Kelantan (2 Mei).

Ia diikuti, Kedah pada 4 Mei, Pulau Pinang (5 Mei) manakala yang terakhir di Terengganu pada 9 Mei nanti.

Sementara itu Majlis Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah pada 20 April bermula pukul 10.30 pagi hingga 3 petang dengan Kerajaan Negeri Sabah selaku tuan rumah manakala Kementerian Perpaduan Negara sebagai kementerian peneraju.

Johor pula menjadi negeri pertama pelaksanaan majlis berkenaan bertempat di Padang Begonia, Angsana Johor Bahru Mall bermula pukul 4 petang hingga 7.30 malam dengan Kerajaan Negeri Johor sebagai tuan rumah dan Kementerian Pertahanan sebagai peneraju.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya