PETALING JAYA: Punca nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan kesemua 10 kru berkemungkinan dapat dikenal pasti dengan mudah. Bekas Ketua Juruterbang Serantau Malaysia Airlines (MAS), Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata, ini kerana kemalangan itu berlaku secara jelas. Oleh itu, katanya, sebab-sebab tertentu boleh disimpulkan untuk merungkaikan nahas berkenaan. “Pertamanya, kejadian depan mata dan bangkai pun di situ. Seterusnya, rekod penggunaan pesawat, juruterbang ada dengan mereka (TLDM) serta tujuan penerbangan pun mereka buat. “Jadi, pada pandangan saya, tidak susah mahu rungkai (sebab kejadian),”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya