Jualan Kasih Johor DUN Larkin diserbu orang ramai - Utusan Malaysia

Jualan Kasih Johor DUN Larkin diserbu orang ramai

ORANG ramai beratur panjang untuk membeli keperluan asas sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri sempena Jualan Kasih Johor DUN Larkin di Taman Suria, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jualan Kasih Johor anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin mendapat sambutan luar biasa apabila orang ramai sanggup beratur seawal pukul 6.30 pagi.

Walaupun jualan hanya bermula 7.30 pagi, namun kehadiran pengunjung yang ramai untuk membeli keperluan asas pada harga murah mendorong pihak urus setia membuka gerai jualan pada pukul 7 pagi.

Jualan yang diadakan di pekarangan Pejabat UMNO Bahagian Johor Bahru merupakan inisiatif kerajaan negeri dengan kerjasama DUN Larkin dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Johor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Mohd. Hairi Mad Shah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri turut menjual dua ekor ayam pada harga RM10  dan RM16 untuk dua kilogram daging.

Timbalan Pengarah FAMA negeri, Azizi Azmi berkata, sebanyak 2,500 ayam disediakan dan terpaksa ditambah berikutan sambutan luar biasa daripada orang ramai.

“Ayam dijual sekilogram RM4.50, manakala daging RM35 sekilogram dan jualan happy hour menurun kepada RM10 dua ekor ayam dan daging RM8 sekilogram.

“Kita memang menjangkakan kehadiran begitu ramai orang untuk membeli keperluan raya lebih awal,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Telur sepapan pula dijual pada harga RM9 berbanding harga biasa RM12.90. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN