KOTA BHARU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas sebanyak 900,000 batang rokok pemanas dalam serbuan berasingan di tepi Sungai Kelantan dekat Pasir Pekan, Tumpat pada Rabu. Serbuan pukul 9.30 malam itu melibatkan rampasan berjumlah RM270,000 tidak termasuk cukai. Pengarahnya Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, ini merupakan rampasan rokok pemanas pertama yang diseludup masuk ke negeri ini. Menurutnya, kebiasaan JKDM merampas rokok putih pelbagai jenama. “Kelantan tidak menolak kemungkinan rokok tersebut dibawa masuk dari Thailand. “Kebanyakan yang menggunakan rokok pemanas adalah golongan muda dan harga yang dijual agak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya