PUTRAJAYA: Seorang bapa lima anak terlepas hukuman mati setelah Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikannya dengan hukuman penjara 33 tahun atas kesalahan membunuh bekas isterinya yang ketika itu masih dalam iddah, 19 tahun lalu. Daud Ahmad, 54, disabitkan membunuh Mimi Afiza Tamby, 31, dengan menjerut leher mangsa menggunakan selendang di antara pukul 1.30 pagi dan 2.30 pagi, 26 Ogos 2005 di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Lubok Antu, Segamat, Johor. Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Harmindar Singh Dhaliwal sebulat suara menggantikan hukuman gantung dengan hukuman penjara selepas membenarkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya