KUALA LUMPUR: Sambutan hari pertama Hari Raya Aidilfitri malang buat empat penduduk apabila mereka cedera selepas jambatan konkrit di Kampung Bangau-Bangau, Semporna, Sabah runtuh malam tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam kenyataan berkata, dalam kejadian pukul 8 malam itu, jambatan konkrit berukuran 300 meter dan sebuah rumah rosak manakala terdapat motosikal terjatuh ke dalam laut.
“Terdapat empat mangsa, dua daripadanya sudah dibawa ke hospital oleh orang awam.
“Dua lagi, yang mengalami kecederaan ringan, dirawat oleh kakitangan dilokasi kejadian kerana enggan dibawa ke hospital,” katanya.
Kata kenyataan itu, salah seorang mangsa dikenali sebagai Abd. Han, 45, cedera di kaki. Turut cedera seorang gadis dan dua lagi lelaki. – UTUSAN