KUALA SELANGOR: “Selagi bernyawa, saya akan pikul amanah arwah suami untuk menjaga tiga anak perempuan termasuk pasangan kembar kami.”
Demikian luahan pilu Rabiatul Izzati Tenuri, 34, yang kehilangan suami tercinta, Allahyarham Muhammad Fitri Izzat Mohamad Fairus, 34, akibat Covid-19 ketika wabak itu melanda negara, tiga tahun lalu.
Dia kini gigih meneruskan kelangsungan hidup dengan berniaga makanan bersama ibunya di pekan Tanjong Karang dan menjual dim sum secara dalam talian.
“Saya setakat ini belum memikirkan untuk mendirikan rumah tangga kerana keutamaan hanya kepada anak-anak. Bagi saya, mereka adalah penyeri hidup dan memori bersama arwah.
“Mereka akan saya jaga sehingga hujung nyawa ini,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Kampung Sungai Gulang-Gulang di sini. – UTUSAN