Isu sesak, panas di wad kelas tiga HKL akan diselesaikan - PM

Isu sesak, panas di wad kelas tiga HKL akan diselesaikan – PM

ANWAR Ibrahim menyantuni pesakit di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Hari Raya Aidilftri kedua hari ini. - FOTO/BERNAMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyegerakan penyediaan kemudahan yang diperlukan di wad kelas tiga Hospital Kuala Lumpur (HKL) demi keselesaan pesakit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, akan meneliti keperluan itu serta permasalahan lain untuk dibawa ke mesyuarat Kabinet.

“Kita melihat sendiri, macam kawasan wad kelas tiga itu panas sikit dan sesak dan akan bawa untuk perhatian Jemaah Menteri agar kita segerakan mana yang perlu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bersama isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diiringi Dzulkefly dan Pengarah HKL, Datin Dr Rohana Johan, melawat pesakit yang sedang dirawat di wad perubatan kelas tiga hospital itu.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau mahu kajian menyeluruh dilakukan berhubung pemerolehan ubat-ubatan oleh semua hospital dan klinik kerajaan di negara ini supaya tidak berlaku pembaziran serta kerugian.

“Apakah ubat-ubatan ini digunakan sepenuhnya, tidak ada pembaziran dan apakah keutamaan… ini kita perlu beri tumpuan kepada HKL kerana jumlah yang diperlukan lebih besar.

“Tetapi kita juga kena beri tumpuan kepada klinik di Kapit, klinik di Manek Urai umpamanya… jadi hal ini dilihat keseluruhannya oleh kementerian dan kita buat keputusan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN