PETALING JAYA: Masalah kewangan dihadapi rakyat susulan kos sara hidup tinggi menjadi faktor utama kekurangan permintaan bilik hotel menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA), Dr. Sri Ganesh Michiel berkata, kenaikan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak dua peratus bukanlah punca utama berlaku penurunan permintaan hotel sewaktu musim perayaan.
“Terdapat peningkatan permintaan penginapan menjelang musim perayaan, namun hotel menjadi pilihan terakhir berbanding pusat penginapan tidak berdaftar seperti inap desa dan Airbnb.
“Orang ramai lebih memilih inap desa kerana boleh memuatkan kapasiti lebih besar manakala hotel terhad dengan undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. – UTUSAN