ICQS Rantau Panjang sesak warganegara Thailand pulang sambut Aidilfitri

ICQS Rantau Panjang sesak warganegara Thailand pulang sambut Aidilfitri

SEBAHAGIAN warganegara Thailand mula pulang ke kampung masing-masing melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG : Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di sini sesak apabila warganegara Thailand yang mencari rezeki di negara ini pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut Aidilfitri esok.

Tinjauan Utusan Malaysia di kedua-dua ICQS hari ini mendapati suasana sesak mula kelihatan seawal pukul 7 pagi apabila rakyat Thailand memenuhi kawasan tersebut untuk menyelesaikan urusan berkait dengan imigresen.

Pada masa sama, motosikal tambang turut sibuk keluar masuk dari ICQS Rantau Panjang memunggah penumpang warga Thailand yang baru tiba menaiki bas dan van.

Seorang rakyat Thailand,  Dollah Mat Ripin, 37, berkata, setiap kali sambutan Aidilfitri dia akan pulang ke kampung untuk meraikan lebaran bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.

“Saya balik ke ke sini (Kelantan) dari Kuala Lumpur menggunakan perkhidmatan bas. Walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang panjang, namun rasa penat terus hilang sebaik sahaja melihat pintu ICQS Rantau Panjang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Seorang lagi warganegara Thailand Rokiah Said, 40, memberitahu walaupun setiap bulan pulang ke kampung untuk mengecop pasport namun ia berbeza dengan suasana balik beraya.

Katanya, setiap kali Aidilfitri dia akan untuk menyambut lebaran bersama anak-anak.

Sementara itu, Rokiah Mat Derus, 20, berkata, Aidilfitri kali ini dia diberikan cuti panjang selama seminggu selepas kedai tomyam tempatnya bekerja menutup operasi.

Katanya, situasi memberikan ruang untuk beraya bersama keluarga dengan sebik mungkin.

Dalam perkembangan sama, pengusaha motosikal tambang Zamail Yusof, 63,  berkata, warganegara Thailand yang berada di negara ini mula pulang ke kampung halaman masing-masing sejak kelmarin lagi.

Katanya, kepulangan itu memberikan rezeki terpijak sekali gus dapat menampung perbelanjaan menyambut Aidilfitri esok.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN