GEORGE TOWN: Hujan sekali-sekala terutama sebelah petang dan malam di beberapa tempat sejak minggu lepas meredakan suhu panas di negeri ini. Keadaan itu juga melegakan orang ramai khususnnya kanak-kanak dan pelajar yang bersekolah untuk sesi petang. Di sebalik kelegaan itu, peniaga bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri di beberapa lokasi berdepan risiko hujan lebat yang diselangi angin kencang dan menjejaskan perniagaan mereka. Laman sesawang rasmi untuk Public Info Banjir Pulau Pinang melaporkan, terdapat beberapa stesen merekodkan taburan hujan antara 0.5 milimeter (mm) hingga 3mm, semalam. Bagaimanapun, hanya stesen Sungai Duri Kerian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya