MELAKA: Hujan lebat di Malaka sejak Jumaat lalu mengurangkan kesan cuaca panas disebabkan fenomena El Nino dalam tempoh Ramadan ketika ini. Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan, hujan dan ribut petir dijangka berlaku di beberapa tempat di negeri ini terutama pada waktu petang, sehingga Sabtu. Bacaan suhu maksimum dianggarkan 34 darjah Celsius manakala suhu minimum sekitar 24 darjah Celsius. Perkembangan positif melegakan rakyat negeri ini yang khuatir berkenaan catuan bekalan air menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kerajaan negeri memberi jaminan bahawa bekalan air mencukupi terutama semasa sambutan Syawal minggu depan. Ketua Menteri,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya