KUANTAN: Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai iklan atau testimonial ubat-ubatan tidak berdaftar serta produk kosmetik tidak bernotifikasi yang dijual pada harga rendah secara dalam talian. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Datuk Dr. Rusdi Abd. Rahman berkata, kebanyakan ubat tidak berdaftar yang dijual secara dalam talian mempunyai steroid, sedangkan ia terkawal dan hanya dikeluarkan dengan persetujuan doktor. “Ubat seperti steroid ini boleh memberi kesan sampingan yang amat ketara sekiranya dimakan secara tidak terkawal kerana ia boleh merosakkan buah pinggang dan tulang serta amat berbahaya. “Antara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya