KOTA BHARU: Suspek kes tembak di Balai Ketibaan Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 15 April lalu. Tertuduh, Hafizul Hawari, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad atas kesemua pertuduhan melibatkan kes senjata api, peluru, mercun, memiliki tiga MyKad individu lain dan mempamerkan nombor pendaftaran palsu pada sebuah kereta. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh, pengurus di syarikat agensi pelancongan didakwa memiliki senjata api jenis pistol bertulis Glock 19 Austria, Made In…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya